Pages

Thursday 5 March 2015

Mee Tarik Warisan Asli Specialist in Chinese Muslim Cuisine

Mee Tarik Warisan Asli Specialist in Chinese Muslim Cuisine


Assalamualaikum...


Alhamdulillah,Syukur dan Selawat...


Semalam Abak keluar dengan roomate,beli barang-barang keperluan dan kami singgah di Mee Tarik Warisan Asli Specialist in Chinese Muslim Cuisine,Cawangan 5 dekat Bangi untuk mencuba mee tarik asli yang disebut-sebut.

Banyak sangat menu yang boleh dipilih dan harganya boleh tahan.Abak makan mee dengan cendawan dan daging dengan harga RM9.80 bersama segelas Teh hijau China yang berharga RM 2.50.


Abak dengan Zulkarnain,Roomate Abak yang paling Memahami :)



Proses pembuatan mee asli


Ini menu yang Zulkarnain pilih.. kurang sedap sikit...hehe

Teh Hijau Asli China

Selepas beberapa minit... hehehe.. baru hijau

Inilah dia pilihan Abak,sangat sedap dan memang citarasa Abak..hihi

 
Semoga dapat datang lagi dan makan disini... hehehehehe...


Sunday 1 March 2015

Memori 5 Tahun yang lalu bersama adik B04 SMKA Falahiah..

Memori B04 2010


Assalamualaikum..

Alhamdulillah,Syukur dan Selawat...

Lama tidak bersua kan? Kekadang rasa blog Lorong Cinta sudah tidak bernyawa,hanya jasad jadi tatapan.Bila difikirkan,sayang untuk abaikan wadah yang moden ini.

Lima 5 Tahun lepas,bukanlah jangka masa yang pendek tetapi cukup lama untuk diingati dan dikenang.Semasa Abak form 5 dulu,Abak jadi Ketua Bilik adik-adik Form 1.Macam-macam ragam dan telatah yang Abak tengok dan hadapi namun semuanya menjadi ingatan yang sangat manis.

Ada manja,ada mengadu masalah,ada mengacau,ada marah-marah,semuanya sangat indah bila diingati.Abak masih simpan kertas-kertas surat yang adik-adik tulis semasa akhir tahun.Next time Abak kongsikan ayat adik-adik B04 yang sangat mencuit hati.. hehehe.. maklumlah dah nak berpisah waktu tu...

Semoga kami dapat bersua kembali.. ^___^