Pages

Thursday 31 December 2015

Semeone coming into your life..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur dan selawat..



Hampir seminggu aku hidup tanpa smartphone mahupun handphone, sunyi dan sepi tanpa sebarang sapaan. Malam ni tergerak hati aku untuk berceloteh disini, meluahkan sesuatu yang terbuku didasar hati. Hidup yang kita lalui dari hari kehari menemukan kita dengan ramai orang, dari sapaan pertama menjadi kawan, teman, sahabat, kekasih, pasangan suami ataupun isteri.

Seseorang yang datang dalam hidup kita adalah sesuatu perkara yang sangat besar, dia datang dengan cerita hidupnya yang mungkin jauh berbeza dari kita. Mungkin perkenalan pertama tidak menjangkakan kisah hidup yang berbeza dari persepsi dan pandangan kita tapi ketahuilah hidup yang kita lalui tidak sama. Keperitan dan kesusahan hidup yang ditempuhi berbeza-beza, jangan cepat menghukum, jangan cepat memandang serong. Sombong dan angkuh pada mata kita sedangkan dia sedang perit untuk merapati orang lain, barangkali juga dia seorang yang pendiam dan sukar memulakan perhubungan. Boros dan tamak pada penglihatan kita sedangkan  inilah kali pertama dia berbelanja hasil gajinya  untuk keluarganya. Garang dan pemarah pada perbuatannya sedangkan dia sedang bertegas terhadap anak-anaknya supaya tidak terjebak dengan gejala yang negatif. 

Dia datang kepada kita dengan cerita hidupnya, keluarganya tidak sama dengan kita, cara hidupnya tidak sama dengan kita, Cukuplah menghukum kenapa dan mengapa dia begitu  begini, sebaliknya kenalilah dirinya dari asal usulnya. 'Someone coming into your life is a big thing because  his whole life comes with him'. 

Kepada mereka yang menerima aku, terimalah aku dengan kisah hidupku. Aku menjauh bukanlah kerana tidak suka atau benci tapi agar aku tidak disakiti. Aku berdiam bukanlah aku sombong tetapi banyak kata membuatkan aku banyak salah. Bila aku menolak bukan beerti aku tidak suka tetapi ada hal lain yang lebih perlu aku utamakan. Aku menyendiri kerana aku lebih merasa selesa bukannya menunjukkan keangkuhan. Terimalah aku dengan caraku kerana aku punya alasan dan sebab tersendiri dan percayalah tiada niat kesombongan dan keangkuhan.


Monday 14 December 2015

3D Art Pulau Pinang..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, syukur dan selawat..

Dah lama kan aku tak update, kejap on kejap off. Semenjak buat part time inilah kali pertama aku update lorong cinta. Bila sebut 3D art aku tak berapa nak minat sangat tapi bila aku sendiri merasa, bergambar dan jadi kenangan, nilainya terlalu tinggi. Setahun lagi tinggal baki pengajian, masa yang berlalu sangat bermakna dengan classmate. Terima kasih Ain dan Aini, adakan rehlah ni.Terima kasih juga kepada semua classmate yang hadir dan menjadi sebahagian dalam memori hidupku.

\
Kereta lembu, zaman-zaman nenek moyang. kikiki

Titian berapi..

Macam tak  jadi pulak..oppss..!

Pertunjukkan silap mata.. fuhh!

Hebatnya Azri.. Heee

Lemas... help me!

Jom lawan raksasa...

Kecik ke? , yang ni tak jadi.. tengok yang bawah ye.

Pahlawan legend China.. Monkey King...

Azri lagi...


Selamatkan Afnan dari ikan jerung...

Gagahnya zubair tahan mulut ular..


Kerdilnya kami...

Jom gi sekolah..

Semua senyum.. ala tomeinya...

Hujan dah turun... 

Cable car.... 
Cepat2...

Sukanya tengok gambar ni..

Classmate aku... 

rasa macam memang duduk tepi pulau.. 

Suasana kampung...


Zam zam al lakazam.. bye !