Pages

Friday 20 November 2015

Jumaat yang memisahkan...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur dan selawat..

Salam Jumaat

Jari jemari aku rasa nak juga menaip malam ni, jumaat yang terakhir tahun ini pengajian aku di IPG KPI. Tahun yang penuh dengan cabaran, sebulan praktikum di SK Dato' Abu Bakar Baginda, dua bulan praktikum di SK Sri Jelok dan akan datang tiga bulan praktikum di SK Kampong Endah Banting, Selangor. Jumaat hari ni juga yang memisahkan aku dengan dunia pengajian, kerana sabtu aku akan mula kerja part time di Uniform Gallery, untuk penuhkan poket. Sebelum ni aku tak pernah kerja macam ni, paling lama pun dua minggu jadi Fasilitator. Dunia yang aku akan lalui mungkin berbeza tapi itulah pengalaman yang akan beerti dalam hidup aku, In Shaa Allah aku akan cuba laksanakan amanah yang dipikul sebaiknya.

Siti Sumayyah

Jumaat hari ni, aku doakan agar Allah melimpahkan rahmat kepada kita semua agar kita sentiasa mendekatinya dan segera kembali kepadaNya apabila mula menjauh. Jumaat hari ni aku rasa rindu sangat pada keluarga aku di kampung, terutamanya satu-satunya adik perempuan aku Sumayyah. Jumaat hari ni aku rasa sakit sangat, sakit memikirkan terlalu banyak kegagalan yang aku telah lalui. Ingin sahaja kembali pada saat-saat yang lalu untuk mengubah hala hidup aku. Jumaat hari ni aku inginkan kebangkitan, semangat dan azam untuk berjuang menghadapi sisa hidup yang masih berbaki. Jumaat hari ni aku rasa sudah cukup angkuh dan sombong kepada Tuhan, terlalu banyak dosa dan kelalaian. Semoga Jumaat hari ni menjadi titik tolak agar aku menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya. Aamiin ya Rabbal Alamin. 


.: Salam Jumaat :.


Monday 16 November 2015

KFC Hot and Cheezy sedap ke?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur dan selawat...




Sebenarnya aku ni tengah study, esok exam untuk semester ni. kah kah kah. Kalau lah kan, katakan esok ada soalan dalam paper KFC Hot and Cheezy sedap ke? Ni ha jawapan yang akan tulis, kah kah kah kah kah kah. Tak lucu eh?  Haha, doakan aku ye esok nak jawab exam, supaya dipermudahkan dan dapat jawab soalan dengan betul, Aamiin ya  Rabbal Alamin.. In shaa Allah

Gambar daripada FB KFC


Wah, tengok gambar pun mesti dah terliur kan ? Bila kali pertama aku tengok iklan KFC ni, memang aku tak sabar nak rasa Cheezy tu. Aku ni memang suka sangat cheese, Kalau pergi KFC mesti beli Cheesy Wedges, he he he he . Bagi aku la bila kali pertama aku suap ayam yang dicicah sos keju ni, aku kecewa giler. Nikmat rasa keju menghilangkan rasa ayam. Hilang nikmat Ayam KFC tu, cuma rasa keju je. Tapi serius sos keju tu memang sedap sangat dan kena dengan citarasa aku, tapi makan dengan ayam rasa tak kena la. Itu cuma pendapat aku la, citarasa aku. Lain orang lain la cita rasanya.Sebenarnya dah dua aku kali makan set Hot and Cheezy ni, tapi aku tak cicah ayam dengan sos keju tu sebaliknya cicah kentang goreng, tak perlu aku tambah cheesy wedges, kah kah kah.


Set Hot and Cheezy

Kepada yang belum rasa, rasalah kenikmatan sos keju pedas tu. Memang sedap makan dengan kentang goreng, he he he.Harga pun RM 10.95sen sahaja. Kepada yang tidak sekepala tu, aku mohon maaf ye. kikikiki.


Monday 9 November 2015

Hari yang memenatkan...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur dan selawat..

Aku mulakan coretan aku bermula jam 6.00 petang semalam, aku berbelah bahagi sama ada nak balik kampung ke tak ? Umi aku dah tanya lagipun cuti study week masih ada 10 hari. Fikir-fikir balik jugak la, aku mintak afnan hantar aku ke stesesn bas kajang pukul 6.10 dan sangat berharap masih ada tiket pulang ke kampung malam tu. Sampai ke stesen bas aku terus ke kaunter, hampeh semua dah habis tiket.  Berjalan tunduk aku, tetiba ada abang tanya nak balik mana dik? Aku jawab dengan nada yang pasrah dah macam tak ada harapan, " Pasir mas, bang".. Alhamdulillah, rupanya abang tu ada simpan tiket lebih dan jual dengan harga RM55, walaupun harga asalnya RM50. Tapi aku tak kisah sangat janji aku boleh balik. 

3 jam tunggu bas, tempat duduk aku belakang sekali. Dah la kurang selesa, bergoyang je rasa. Dah pening kepala aku, nak tidur pun tak boleh. Biarlah, asal dapat balik kampung, ayat pujuk hati.. Kikikiki..

Sampai di destinasi, jumpa pulak junior-junior sekolah menengah dan panjang pulak sembangnya. Sampai rumah, pagi-pagi lagi adik bongsu aku mengada-ngada, terpaksa jadi pengasuh walaupun mata dah tak boleh nak buka. Lepas tu, umi ajak aku pergi umah nenek. Walaupun rasa penat, permintaan seorang ibu memang kena tunaikan. Lepas balik umah nenek, adik-adik ajak pergi beli barang-barang keperluan di bandar, aku ikutkan aje. Banyak pulak duit poket aku habis.. sob sob sob..


Aku dengan Yuyum, adik ketujuh

Selfie sikit...kikiki

Budak banyak kereneh.. hampeh layan... oppss..

Aku lagi... kalau nak termuntah.. mohon sediakan plastik ... kui3

Tunggu budak-budak ni, senyum walaupun penat,..

Shoping... kikii


Malamnya pulak, abah ajak keluar makan biarpun perut aku dah nak pecah, buncit dah. Alhamdulillah, ada jugak masa untuk bersama walaupun aku dah memang penat. Dan malamnya sebelum tidur, sempat pulak aku taip diari aku disini. Selamat malam.


Layan ABC dulu,,

Makan simple-simple je..

Sunday 8 November 2015

Persandingan Mimi One Nation Emcees Di depan Mata..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur dan selawat..

Alkisah semalam aku join katering majlis persandingan Mimi One Nation emcees dengan suaminya Firdaus. Mula-mula aku tak kenal pun sape mimi ni yang aku tahu majlis tu majlis persandingan artis..kah kah kah. Biasa student macam aku, part time satu cara nak tambah duit poket. 


Pukul 2.30 petang aku dan 9 orang lagi rakan-rakan dah sampai di MBPJ Grand Ballroom untuk buat persiapan susun pinggan, atur sudu dan sebagainya. Masa ni aku sempat tengok muka mimi tanpa make up... tak komen lebih-lebih la, hahaha. Persandingan mimi dengan Firdaus bertemakan Anak Kampung dan menu pada malam itu nasi daging yang asalnya dari Kedah tampat kelahiran Mimi. 

Keadaan Dewan sebelum majlis bermula..

Susunan Pinggan, Sudu garfu, dan doorgift

Pelamin..

Pukul 7 tetamu dah mula masuk dalam Dewan, Majlis dipengerusikan oleh Ifa Raziah dan DJ Sonic. Kalut pulak aku dengar Ifa Raziah mengacara majlis. kah kah kah.  Apapun semasa tetamu masuk ke dewan memang aku dah berkejaran memenuhi kehendak tetamu. Macam-macam ragam pulak aku jumpa tapi yang paling terasa macam ada tetamu yang pandang hina pada pekerja ketering macam aku ni. ha ha ha. Tapi aku tetap berusaha sebaik mungkin memberikan khidmat dan sentiasa senyum. Pada malam tu, Roonie Hyper Act, Ifa Raziah dan ada beberapa artis yang lain membuat persembahan. Yang paling best Mimi dan One Nation Emcess turut membuat persembahan lagu baru yang memang bagi aku best, terbaik !
Aku tak sempat la nak ambik gambar Mimie masa bersanding sebab sibuk melayan tetamu, tetapi ada la juga aku ambik sekeping dua nak buat kenangan. Kah kah kah.


Sesi bergambar dengan keluarga

Persembahan Roonie dan Ifa Raziah

Persembahan..


Oh ye antara doorgift yang dibekalkan ialah kipas, kain batik dan telur. Doorgift itupun bertemakan anak kampung. huhuhu.

Doorgift : Kipas, kain batik dan telur

Doorgift : Kipas kain batik

Bila dah habis kerja, masa untuk terima habuan. Alhamdulillah, gaji kerja yang boleh dikatakan berpatutan dan aku rasa puas. hahaha. Harap-harap lepas ni aku dapat banyak job part time lagi untuk simpan duit, mana tahu tamat degree tahun depan terus sambung master, doakan ye.


Muka hepi dapat habuan...

Geng Ketering... kikiki, semua nya bakal cikgu..

Hampir tamat majlis, akak ketering mintak bergambar dengan Mimi One Nation emcees sebagai tanda kenang-kenangan. Hehehehehehehe..

Geng Katering

Weeding anak kampung Mimi dan Firdaus

Semoga terus bahagia Mimi dan Firdaus hingga ke jannah.



Friday 6 November 2015

Majlis Sambutan Hari Merdeka SK Sri Jelok

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, syukur dan selawat..

31 Ogos memang meriah disambut di sekolah, dan tahun ni aku berpeluang menyambutnya bersama warga SK Sri Jelok. Pagi-pagi sebelum majlis bermula ada sorang cikgu panggil aku mintak jadi pengerusi majlis. Aku dah la tak ready apa-apa, skrip pun tak ada... buat-buat pandai jela, nak menolak permintaannya rasa kejam pulak, kikiki... Bila dah atas pentas, macam-macam pulak ragam aku tetiba pulak aku lead nanyi lagu patriotik... aloo, malu giler..

Menyanyi lagu patriotik..
Haziq...
Korang tahu tak sebelum sehari majlis, Haziq datang jumpa aku tanya aku pakai baju apa? warna apa? rupa-rupanya dia pakai macam aku pakai. Entahlah apa yang ada pada aku ni sehinggakan si Haziq ni suka sangat, bila masuk kelas 3H, dialah yang paling semangat belajar... kikiki

Praktikumate... 

Jalur Gemilang... blabalala...

Ni Zawani, tudung bendera kot...semangat dia..

Syaurah ni suka tolong cikgu, tu yg ramai kenal dia... heee

Thursday 5 November 2015

Papan PPDA

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur dan selawat..

Aku teringat pulak waktu praktikum di SK Sri Jelok, aku dengan praktikumate Fahmie kena siapkan papan kenyataan PPDA. Mula-mula ingat nak tampal je maklumat ala kadar melaksanakan tugas tapi datang pulak idea mesra kanak-kanak.. kikiki.. Gigih aku dengan fahmie siapkan bahan-bahan info dan kartun boboiboy sebagai daya tarikan.huhuhu...

Tengok-tengok 3 minggu lepas tu, ada murid yang curi gambar boboiboy,sob3... aku buat tak tahu je biarpun PK Hem suruh buat baru dan kemaskan plastik... hahahaha.. nakal jugak budak-budak ni, comey sangat si Boboiboy tu..

Gigih aku menyiapkan bahan-bahan info untuk sedut PPDA

Kerjasama dengan Praktikumate, Fahmie..

Murid-murid membaca info..



Wednesday 4 November 2015

Hari Lahir ke 22 yang penuh bermakna...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, syukur dan selawat..

22 Ogos 2015, aku rasa nak menangis je sebab inilah kali pertama dalam hidup aku dapat hadiah bufday yang banyak. Sebelum ni aku tak pernah dapat hadiah sebanyak ni, terharu sangat. Tambah-tambah hadiah bufday tahun ni majoritnya daripada murid-murid SK Sri Jelok yang aku kasihi. Alhamdulillah, sayang jugak mereka dekat aku ni.. kikiki.  Bila hari terakhir aku nak tinggalkan SK Sri Jelok, banyak pulak hadiah yang murid-murid aku bagi, lagi aku terharu.. sob2 rasa macam nak menangis. Yela, aku ni sape je, mana pernah dapat hadiah daripada orang lain. Lain la orang yang memang hot selalu dapat hadiah daripada perempuan. Hurmmmm...

Bila kumpul hadiah-hadiah yang aku dapat ni, tak muat pulak nak simpan dalam almari kecik dalam bilik asarama ni. Aku jenis yang suka simpan barang-barang orang bagi, bagi aku pemberian orang sangat berharga dan aku nak simpan supaya nanti aku dapat kenangkan semula.

Terima kasih 3 Budiman dan 3 Harmoni, sambut bufday dengan pizza dan kek coklat. Aku harap aku tak lupa wajah-wajah 3 Budiman dan 3 Harmoni yang sangat aku sayangi. In Shaa Allah.

Terima kasih atas segalanya sayangku, 3B dan 3H..

Kek Coklat.. 
Antara hadiah bufday daripada murid-muridku..

Keychain nama aku... sob3.. terharu sangat, tq Zawani

Buku nota... 

Comeykan hadiah ni?

Banyaknya kad ucapan... Tq

Hadiah ni daripada Qisthina, biru warna ksukaan aku.... kiki

Ni daripada Auni Balqis..

Terima kasih sudi berikan hadiah kenang-kenangan ni..

Kek Coklat mickey mouse gitu.. sedapnnya,. yummy

Bnyak kan buku nota aku dapat ? kikiki

Ni pun daripada Qisthina.. TQ sayang...

Buku ni daripada PK Ko, Puan Khaw..

Ni hadiah daripada Aslinda.. banyaknya hadiah dia bagi...


Cantik kan? 

Ada yang bagi buah rambutan dan langsat kot... heee



Hadiah2... sob2... terharu



Cover Asus Zenfone 6.... masa ni aku pakai zenfone 6.. Tq sayang

Lagi buku nota..

Pen dan Perfume.

Daripada Rasyiqah..

Nice...


Alat tulis..

Ni daripada Haziq..

Al Quran ni hadiah daripada Farah.. TQ sayang..

Ni pulak hadiah daripada Aliah.... dari Mekah katanya..

Terima kasih semuanya, semoga ukhuwah kita terus mekar. Semoga 3B menjadi murid yang soleh dan solehah berjaya didunia dan akhirat. Aamiin ya Rabbal Alamin... In Shaa Allah..