Pages

Saturday 26 March 2016

Gugusan memori 4 Setia SK Kampong Endah..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur dan selawat..


Setiap kali waktu rehat, mereka makan di pondok depan kelas pemulihan. Aku selalu temankan mereka makan, kadang-kadang berkongsi makanan.




Thursday 24 March 2016

Orang Perak dan Perlis makan Lokcing..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, syukur dan selawat..

Cuti bulan tiga dulu, ada beberapa orang kawan aku dari perlis dan perak datang kelantan. Banyak kenduri kawan-kawan masa tu. Alang-alang dah sampai kelantan, aku ajak la mereka datang rumah, kebetulan abang aku beli lokcing waktu tu. Lokcing tu bebola ikan, hehehe. So, tambah la benda lain nak bagi banyak. Banyak-banyak ni, lama juga nak cucuk lidi, hahaha. Aku suruh adik-adik aku tolong cucuk. Sebelum diorang sampai rumah, arang dah berbara, sedia untuk dibakar.

Alhamdulillah, mereka suka sangat makan. Umi aku pun ada sediakan makanan lain macam bihun goreng, mee goreng, kuih-kuih, dan buah-buahan. Seronok tengok diorang makan tak putus-putus. Harap-harap mereka datang lagi bila berkesempatan nanti. Terima kasih sudi singgah.

Cucuk jangan tak cucuk..kikiki

Siap cucuk..

Jom start..




Makan-makan..

Amboi3... besungguh depa makan..


Praktikumate.. fahmie


Tuan rumah pun nak makan..kiki.. sedapnya..


TQ semua.

Memori KBS1 SK Kampong Endah 2016..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, syukur dan selawat..

Secebis kenangan Kem Bestari Solat SK Kampong Endah 2016
Praktikum 3

Cute tak kami?





Jangan takut-takut, yakin pada diri.


KBS1 in memori :D

Wednesday 23 March 2016

Ais Krim Sumi bujang in the house..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, syukur dan selawat..


Korang pernah makan ais krim sumi yang viral dalam laman sosial akhir-akhir ni? Aku ada la beli tapi rasanya tak sesedap buat sendiri. Buat sendiri baru puas hati, banyak dapat dan sangat sedap. Cara buatnya pun sangat senang, satu tin susu pekat, 1 tin susu cair, sedikit garam campur dengan 4 tin air dan panaskan atas dapur. Potong jeli masuk dalam plastik ais krim dan masukkan air susu yang dah dimasak tu. Letak dalam peti dan dah boleh makan bila keras. Hahahahaha. Tapi kan tak sempat keras dah tinggal separuh dalam peti, suka adik-adik aku makan. Alhamdulillah. 

Ais Krim sumi dan Choki2

Alhamdulillah....

Tuesday 22 March 2016

Ekspo Tunjung Mac 2016

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, syukur dan selawat..

Tarik nafas, hembus. Jarang sangat update Lorong Cinta. Terima kasih kepada yang sudi singgah ke sini. Minggu lepas aku balik kampung, adik-adik teringin nak pergi Ekspo. Pergilah satu keluarga yang ada di rumah, meriah suasananya. Aku pulak enjoykan diri aku dengan main macam-macam, balik rumah pening kepala terus tidur. Hahahaha. Serius seronok luangkan masa dengan kesayangan-kesayangan.

Baru nak bertolak... dengan Yuyum, budak keras kepala..kikiki

Selfie2 dulu...

Muim, Aziz, Yuyum, Mayyah, Atif dan Aku...

Anak ayam warna warni..geram nengoknya

Comel sangat..

My Family.. Abah entah kemana..

Kesayanganku...

Jom main.. kiki


Nak main apa ye? Pening nak pilih.. banyak sangat

Keretaapi eh ? Roller coaster...

Done Roller coaster..

Flying chair.. best giler.. puasss!

Thursday 3 March 2016

Berbasikal pusing Kampong Endah dengan kesayangan 4S...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, syukur dan selawat..

Jarang-jarang sekala update Lorong Cinta, berhabuk pulak kalau tak buka. ha ha ha. Petang semalam lepas balik dari sebuah program persaraan PK HEM SK Kampong Endah, aku kepenatan pulang ke rumah. Tetiba bunyi bising kat luar rumah, aku jenguk tengok ada beberapa orang kesayangan aku 4S SK Kampong Endah mengintai-ngintai kerumahku, menanti-nanti aku keluar rumah. Dengan senyuman aku sapa mereka. 

Mereka mengajak aku berbasikal, menikmati suasana kampung. Tanpa banyak alasan, aku turuti kehendak mereka. Tenang angin sempoi-sempoi bahasa memujuk aku aku terus menikmatinya. Dari rumah ke rumah aku singgah, menjemput kesayangan yang lain. Dan akhirnya, singgah membeli ais krim jeli. Alhamdulillah, nikmatnya ais krim. Dekat maghrib aku pulang kerumah dan berpuas hati kerana berpeluang merasa suasana kampong yang harmoni dan menenangkan.

Kesaayanganku 4S SKKE

Ieman, Iqram, Aqif, Ilzam dan Adib





Ais Krim Sumi .. yummy