Pages

Thursday 21 January 2016

KFC Ayam Kicap Meletup kembali ! Sedap ke?

Assalamuamulaikum..

Alhamdulillah, syukur dan selawat..
Aku aka Abak ready ke restoren KFC

Baru semalam aku terlihat iklan KFC ayam kicap dalam facebook, teringin nak rasa sebab dah lama tidak rasa. Tidak salah aku tahun lepas bulan 7 aku makan KFC ayam kicap ni. Dua tiga kali jugak, he he he he. So, mungkin disebabkan lama tak rasa, aku pergi juga KFC berdekatan untuk merasanya. Harga satu set  RM 11.95 sahaja, tapi dulu rasa tak sampai RM10. Mungkin set kali ini lebih mahal sebab disertakan dengan nasi yang unik.

Makanan pertama yang aku suap kedalam mulut ialah nasi, serius rasa macam nasi dagang tetapi lebih sedap. ha ha ha. Makan tanpa kuah tetap sedap. Bila dah rasa nasi tu memuaskan, aku terus la makan ayam tapi suapan pertama tu mengecewakan aku, rasa masin dan tak macam dulu. Mungkin mulut aku kot waktu tu, aku pun makan la lagi. Dan ternyata bukan taste aku dah. Aku rasa inilah kali pertama dan terakhir aku makan keluaran ayam kicap meletup KFC kali ni. Lain orang lain citarasanya, hampa rasa hati.

Apapun, aku menunggu kejutan seterusnya dari KFC Malaysia, In Shaa Allah.

 
Set Ayam Kicap Meletup : RM 11.95



 
Nasi

Coleslow

Ayam Kicap

Air 7up

Sunday 10 January 2016

Biarkan terhembus angin-angin kerinduan ini..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, syukur dan selawat...

Aku, Sumayyah, dan Yuyum

Dingin terasa saat aku terduduk di atas tangga batu deretan kedai, melihat ramainya manusia berkunjung ke pasar malam. Masing-masing berjalan berpegangan tangan, saling menjaga antara satu sama lain. Ada yang berduaan, ada yang bertiga, ada yang berenam, lagi comel dilihat pasangan baru yang memimpin anak sulong yang baru bertatih berjalan. Sungguh, kebahagiaan terselah pada wajah-wajah mereka. 

My Lovely Mom dunia akhirat <3

Biarpun kehidupan ini kadangkala penuh dengan kesulitan, namun senyuman itu pasti terukir untuk kesayangan masing-masing. Tiada yang lebih membahagiakan cukuplah disisi keluarga yang tersayang biarpun kemiskinan menghimpit, biarpun kesakitan menduga, biarpun kehinaan menimpa, cukuplah adanya keluarga, mengubat segala lara. 10 Januari 2015, rasanya sudah hampir 2 bulan tidak pulak ke kampung, hiba rasa diselubungi rasa rindu yang terus menerus mencengkam jiwa yang meronta, ingin melihat wajah-wajah kesayangan. 

Muim, Yuyum , Atif , Aku dan Aziz

Dikala menanti hari yang menjanjikan pertemuan ini, hanya mampu kutitipkan doa-doa buatmu semua. Meniti hari-hari yang penuh dengan mehnah, doakan agar kesayanganmu jua ini juga kuat, tabah dan bersemangat mengecapi cita-cita ini. Walaupun tidak perlu diminta doamu, hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada kesayanganku, yang sentiasa bersamaku saat susah dan senang. Terima kasih keluargaku, kerana menjadikan hari-hari yang aku lalui ini penuh makna. In Shaa Allah.

Aku dan Sumayyah, the only one sister <3

Dear my family, 
I Miss U all so much !