Assalamualaikum..
Alhamdulillah, syukur dan selawat..
Jarang-jarang sekala update Lorong Cinta, berhabuk pulak kalau tak buka. ha ha ha. Petang semalam lepas balik dari sebuah program persaraan PK HEM SK Kampong Endah, aku kepenatan pulang ke rumah. Tetiba bunyi bising kat luar rumah, aku jenguk tengok ada beberapa orang kesayangan aku 4S SK Kampong Endah mengintai-ngintai kerumahku, menanti-nanti aku keluar rumah. Dengan senyuman aku sapa mereka.
Mereka mengajak aku berbasikal, menikmati suasana kampung. Tanpa banyak alasan, aku turuti kehendak mereka. Tenang angin sempoi-sempoi bahasa memujuk aku aku terus menikmatinya. Dari rumah ke rumah aku singgah, menjemput kesayangan yang lain. Dan akhirnya, singgah membeli ais krim jeli. Alhamdulillah, nikmatnya ais krim. Dekat maghrib aku pulang kerumah dan berpuas hati kerana berpeluang merasa suasana kampong yang harmoni dan menenangkan.
Kesaayanganku 4S SKKE |
Ieman, Iqram, Aqif, Ilzam dan Adib |
Ais Krim Sumi .. yummy |
3 comments:
Rumah tu tinggal kah
kat mana kampung Endah ni?
Kat banting... duk homestay
Post a Comment