Pages

Friday, 20 November 2015

Jumaat yang memisahkan...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur dan selawat..

Salam Jumaat

Jari jemari aku rasa nak juga menaip malam ni, jumaat yang terakhir tahun ini pengajian aku di IPG KPI. Tahun yang penuh dengan cabaran, sebulan praktikum di SK Dato' Abu Bakar Baginda, dua bulan praktikum di SK Sri Jelok dan akan datang tiga bulan praktikum di SK Kampong Endah Banting, Selangor. Jumaat hari ni juga yang memisahkan aku dengan dunia pengajian, kerana sabtu aku akan mula kerja part time di Uniform Gallery, untuk penuhkan poket. Sebelum ni aku tak pernah kerja macam ni, paling lama pun dua minggu jadi Fasilitator. Dunia yang aku akan lalui mungkin berbeza tapi itulah pengalaman yang akan beerti dalam hidup aku, In Shaa Allah aku akan cuba laksanakan amanah yang dipikul sebaiknya.

Siti Sumayyah

Jumaat hari ni, aku doakan agar Allah melimpahkan rahmat kepada kita semua agar kita sentiasa mendekatinya dan segera kembali kepadaNya apabila mula menjauh. Jumaat hari ni aku rasa rindu sangat pada keluarga aku di kampung, terutamanya satu-satunya adik perempuan aku Sumayyah. Jumaat hari ni aku rasa sakit sangat, sakit memikirkan terlalu banyak kegagalan yang aku telah lalui. Ingin sahaja kembali pada saat-saat yang lalu untuk mengubah hala hidup aku. Jumaat hari ni aku inginkan kebangkitan, semangat dan azam untuk berjuang menghadapi sisa hidup yang masih berbaki. Jumaat hari ni aku rasa sudah cukup angkuh dan sombong kepada Tuhan, terlalu banyak dosa dan kelalaian. Semoga Jumaat hari ni menjadi titik tolak agar aku menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya. Aamiin ya Rabbal Alamin. 


.: Salam Jumaat :.


7 comments:

merosnordn.blogspot.com said...

tahniah sampai ke penghujung pengajian..
semoga dipermudahkan urusan di hari2 mendatang :)

Ainul Aqma said...

hai.. jalan2 singgah sini :)

anakdenesor said...

semoga tercapai segala yg diidamkan..

Mizz Aiza said...

Semoga dilimpahkan rahmat dan semoga segala urusan abak berjalan lancar serta dipermudahkan oleh Allah swt..

AtieYusof said...

Salam Jumaat...
dulu masa study kak selalu buat part time kerja juga utk duit poket sndiri sbb mak ayah susah... itu semua akan menjadi pengalaman hidup yg manis nti nya:)

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

nice sharing....

Eintan Nurfuzie said...

comel sumaiyah tu