Pages

Monday 16 November 2015

KFC Hot and Cheezy sedap ke?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur dan selawat...




Sebenarnya aku ni tengah study, esok exam untuk semester ni. kah kah kah. Kalau lah kan, katakan esok ada soalan dalam paper KFC Hot and Cheezy sedap ke? Ni ha jawapan yang akan tulis, kah kah kah kah kah kah. Tak lucu eh?  Haha, doakan aku ye esok nak jawab exam, supaya dipermudahkan dan dapat jawab soalan dengan betul, Aamiin ya  Rabbal Alamin.. In shaa Allah

Gambar daripada FB KFC


Wah, tengok gambar pun mesti dah terliur kan ? Bila kali pertama aku tengok iklan KFC ni, memang aku tak sabar nak rasa Cheezy tu. Aku ni memang suka sangat cheese, Kalau pergi KFC mesti beli Cheesy Wedges, he he he he . Bagi aku la bila kali pertama aku suap ayam yang dicicah sos keju ni, aku kecewa giler. Nikmat rasa keju menghilangkan rasa ayam. Hilang nikmat Ayam KFC tu, cuma rasa keju je. Tapi serius sos keju tu memang sedap sangat dan kena dengan citarasa aku, tapi makan dengan ayam rasa tak kena la. Itu cuma pendapat aku la, citarasa aku. Lain orang lain la cita rasanya.Sebenarnya dah dua aku kali makan set Hot and Cheezy ni, tapi aku tak cicah ayam dengan sos keju tu sebaliknya cicah kentang goreng, tak perlu aku tambah cheesy wedges, kah kah kah.


Set Hot and Cheezy

Kepada yang belum rasa, rasalah kenikmatan sos keju pedas tu. Memang sedap makan dengan kentang goreng, he he he.Harga pun RM 10.95sen sahaja. Kepada yang tidak sekepala tu, aku mohon maaf ye. kikikiki.


7 comments:

Unknown said...

Alahai..memang fav cik akak ayam kefci...telan air liur lah jawabnya

Fatin Wawa said...

Oh sedap eh.. da lama xpegi KFC.. haha

Amirah. said...

cm sedap je huhu

Mizz Aiza said...

Nampak macam sedap.. Kak aiza tak cuba lagi..

Semoga dipermudahkan oleh Allah menjawab exam nanti..

Eintan Nurfuzie said...

maaflah, bg cik en, x sedap la.. rs pelik..

Unknown said...

kurang suka ayam kfc, tp cheezy wedges dia sedaP...

qasihmama said...

Mamacik sama pendapat dengan Abang Ngah