Assalamualaikum..
Alhamdulillah, syukur dan selawat...
Aku, Sumayyah, dan Yuyum |
Dingin terasa saat aku terduduk di atas tangga batu deretan kedai, melihat ramainya manusia berkunjung ke pasar malam. Masing-masing berjalan berpegangan tangan, saling menjaga antara satu sama lain. Ada yang berduaan, ada yang bertiga, ada yang berenam, lagi comel dilihat pasangan baru yang memimpin anak sulong yang baru bertatih berjalan. Sungguh, kebahagiaan terselah pada wajah-wajah mereka.
My Lovely Mom dunia akhirat <3 |
Biarpun kehidupan ini kadangkala penuh dengan kesulitan, namun senyuman itu pasti terukir untuk kesayangan masing-masing. Tiada yang lebih membahagiakan cukuplah disisi keluarga yang tersayang biarpun kemiskinan menghimpit, biarpun kesakitan menduga, biarpun kehinaan menimpa, cukuplah adanya keluarga, mengubat segala lara. 10 Januari 2015, rasanya sudah hampir 2 bulan tidak pulak ke kampung, hiba rasa diselubungi rasa rindu yang terus menerus mencengkam jiwa yang meronta, ingin melihat wajah-wajah kesayangan.
Muim, Yuyum , Atif , Aku dan Aziz |
Dikala menanti hari yang menjanjikan pertemuan ini, hanya mampu kutitipkan doa-doa buatmu semua. Meniti hari-hari yang penuh dengan mehnah, doakan agar kesayanganmu jua ini juga kuat, tabah dan bersemangat mengecapi cita-cita ini. Walaupun tidak perlu diminta doamu, hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada kesayanganku, yang sentiasa bersamaku saat susah dan senang. Terima kasih keluargaku, kerana menjadikan hari-hari yang aku lalui ini penuh makna. In Shaa Allah.
Aku dan Sumayyah, the only one sister <3 |
Dear my family,
I Miss U all so much !
2 comments:
Keluarga paling utama.. Kak aiza pun sayangkan keluarga kak aiza..
dah sethn berlalu ... alhamdulillah . semoga terus dikelilingi orang2 yg tersayang ...
Post a Comment