Pages

Sunday 8 November 2015

Persandingan Mimi One Nation Emcees Di depan Mata..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur dan selawat..

Alkisah semalam aku join katering majlis persandingan Mimi One Nation emcees dengan suaminya Firdaus. Mula-mula aku tak kenal pun sape mimi ni yang aku tahu majlis tu majlis persandingan artis..kah kah kah. Biasa student macam aku, part time satu cara nak tambah duit poket. 


Pukul 2.30 petang aku dan 9 orang lagi rakan-rakan dah sampai di MBPJ Grand Ballroom untuk buat persiapan susun pinggan, atur sudu dan sebagainya. Masa ni aku sempat tengok muka mimi tanpa make up... tak komen lebih-lebih la, hahaha. Persandingan mimi dengan Firdaus bertemakan Anak Kampung dan menu pada malam itu nasi daging yang asalnya dari Kedah tampat kelahiran Mimi. 

Keadaan Dewan sebelum majlis bermula..

Susunan Pinggan, Sudu garfu, dan doorgift

Pelamin..

Pukul 7 tetamu dah mula masuk dalam Dewan, Majlis dipengerusikan oleh Ifa Raziah dan DJ Sonic. Kalut pulak aku dengar Ifa Raziah mengacara majlis. kah kah kah.  Apapun semasa tetamu masuk ke dewan memang aku dah berkejaran memenuhi kehendak tetamu. Macam-macam ragam pulak aku jumpa tapi yang paling terasa macam ada tetamu yang pandang hina pada pekerja ketering macam aku ni. ha ha ha. Tapi aku tetap berusaha sebaik mungkin memberikan khidmat dan sentiasa senyum. Pada malam tu, Roonie Hyper Act, Ifa Raziah dan ada beberapa artis yang lain membuat persembahan. Yang paling best Mimi dan One Nation Emcess turut membuat persembahan lagu baru yang memang bagi aku best, terbaik !
Aku tak sempat la nak ambik gambar Mimie masa bersanding sebab sibuk melayan tetamu, tetapi ada la juga aku ambik sekeping dua nak buat kenangan. Kah kah kah.


Sesi bergambar dengan keluarga

Persembahan Roonie dan Ifa Raziah

Persembahan..


Oh ye antara doorgift yang dibekalkan ialah kipas, kain batik dan telur. Doorgift itupun bertemakan anak kampung. huhuhu.

Doorgift : Kipas, kain batik dan telur

Doorgift : Kipas kain batik

Bila dah habis kerja, masa untuk terima habuan. Alhamdulillah, gaji kerja yang boleh dikatakan berpatutan dan aku rasa puas. hahaha. Harap-harap lepas ni aku dapat banyak job part time lagi untuk simpan duit, mana tahu tamat degree tahun depan terus sambung master, doakan ye.


Muka hepi dapat habuan...

Geng Ketering... kikiki, semua nya bakal cikgu..

Hampir tamat majlis, akak ketering mintak bergambar dengan Mimi One Nation emcees sebagai tanda kenang-kenangan. Hehehehehehehe..

Geng Katering

Weeding anak kampung Mimi dan Firdaus

Semoga terus bahagia Mimi dan Firdaus hingga ke jannah.



8 comments:

Unknown said...

Mimi bukan orang sabah ke dik..
Ingatkan orang sabah...
Habuan tu berapa sorang dapat..hihi

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

lama tak nampak...

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

Selamat kembali

fragmenbiru said...

Cik Akak... boleh la RM80... Alhamdulillah, mkan untuk smnggu.. kiki

Unknown said...

teringat masa saya masih belajar dulu, buat part time untk hotel... penat..tapi seronok....

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah tambah pengalaman..tambah rezeki..

Mizz Aiza said...

Alhamdulillah rezeki.. Kak aiza ingat mimi orang sabah..

Eintan Nurfuzie said...

meriah sungguh...